Wednesday, 30 October 2013

Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK)-Harapan Baharu Dunia ICT SKSLR




Pada Tahap Dua, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) diajar sebagai satu mata pelajaran sebagai persediaan ke sekolah menengah yang menekankan kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran disiplin ilmu TMK yang berteraskan Standard Kandungan dalam Dunia Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data; dan Pengaturcaraan. MATLAMAT Matlamat Standard Kurikulum TMKTahap II adalah untuk menyediakan penanda aras pencapaian murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6. Ini adalah bagi memastikan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran khusus disiplin ilmu TMK yang perlu dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik.

OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran TMK Tahap II, murid akan dapat:
i. Memahami tentang perisian dan peranti komputer.
ii. Memahami ukuran data dan keselamatan komputer.
iii. Menggunakan pengetahuan multimedia dan aplikasi khusus untuk membangunkan persembahan multimedia tak linear.
iv. Memahami rangkaian komputer dan fungsi internet.
v. Memahami data, maklumat dan membangunkan pangkalan data.
vi. Mengenali pengaturcaraan dan memahami algoritma untuk membangun aturcara.
vii. Menjana idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.

FOKUS Pada Tahap II (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6), fokus diberikan kepada penguasaan illmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid berdasarkan SK dan SP dalam lima modul yang diperkenalkan iaitu Dunia Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data; dan Pengaturcaraan. 
PERANCANGAN KANDUNGAN
TMK pada Tahap II lima modul diperkenalkan iaitu Dunia Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data dan Pengaturcaraan. Kelima-lima modul ini akan diterjemahkan kepadadomain pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kandungan yang terdapat dalam kesemua modul ini disusun atur mengikut aras kognitif murid iaitu dari aras mudah ke aras yang lebih kompleks. Penerangan setiap modul adalah seperti berikut:
Modul Penerangan
Dunia Komputer
Modul ini diperkenalkan kepada murid untuk mempelajari bagaimana sebuah sistem komputer itu berfungsi, memahami fungsi perisian dan peranti yang terlibat, berupaya memanipulasi ukuran data, serta mampu menjaga keselamatan data dan komputer.
Eksplorasi Multi Media
Eksplorasi Multimedia diperkenalkan kepada murid untuk menunjukkan bagaimana maklumat dipersembahkan dalam bentuk multimedia, membina bahan multimedia
menggunakan aplikasi khusus dan membangunkan persembahan multimedia interaktif tak linear.
Sistem Rangkaian dan Dunia Internet
Modul ini merangkumi topik rangkaian dan internet secara teori dan amali. Murid akan diberikan pengetahuan mengenai rangkaian yang membolehkan komputer berinteraksi antara satu sama lain, perkhidmatan dalam Internet serta kemahiran membangunkan laman Blog.
Dunia Pangkalan Data
Modul ini diperkenalkan kepada murid untuk mengenali data dan maklumat, mempelajari ciri-ciri pangkalan data dan jenis data dalam pangkalan data serta membangunkan satu sistem pangkalan data yang mudah.
Pengaturcaraan
Modul ini akan melatih murid belajar menggunakan pemikiran logik dalam menyelesaikan masalah melalui penggunaan aplikasi pengaturcaraan. Murid juga akan mempelajari proses yang terlibat dalam membangunkan sesuatu aturcara melalui pendekatan pembangunan aturcara yang sistematik dan mudah.
Modul yang dibangunkan ini berasaskan kepada objektif yang digariskan dan diterjemahkan dalam bentuk standard kandungan dan standard pembelajaran. Penekanan kepada 3 domain pembelajaran akan menghasilkan perkara-perkara seperti berikut:
Pengetahuan 
Pengetahuan meliputi perkara di bawah: 
a. Konsep, fakta dan terminologi TMK. 
b. Pemikiran logik dalam membuat dan melaksanakansesuatu aktiviti atau produk berasaskan TMK. Kemahiran Kemahiranyang ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran TMK adalah seperti berikut: 
a. Kemahiran penyelesaian masalah. 
b. Kemahiran pemikiran logik. 
c. Kemahiran pengurusan maklumat. 
d. Kemahiran manipulatif. 
e. Kemahiran menaakul. 
f. Kemahiran berfikir secara kreatif, kritis dan berinovasi. 
Nilai 
Murid belajar menggunakan TMK melalui penerapan nilai, etika dan integriti seperti berikut: a. Nilai: menanamkan sifat jujur, amanah, tertanggungjawab, bekerjasama, cekap dan bijaksana. b. Etika: melahirkan sikap akauntabiliti iaitu satu prinsip di mana murid bertanggung jawab atas segala tindakan mereka dan perlu menjelaskan tindakan yang diambil kepada orang lain. Murid juga perlu mematuhi undang-undang siber. c. Integriti: memperihalkan perlakuan murid yang mengamalkan semua nilai dan etika dalam melahirkan murid yang berkeperibadian tinggi dan mempunyai jati diri dalam melaksanakan sesuatu tugasan, seterusnya dapat menyumbang bakti kepada negara, bangsa dan agama. 
PELAKSANAAN
Peruntukan waktu bagi mata pelajaran TMK ialah sebanyak 60 minit seminggu diajar secara bergilir dengan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Guru yang berkelulusan diploma/ijazah dalam TMK atau setara layak untuk mengajar mata pelajaran ini. Bagi guru yang tidak berkelayakan tetapi berminat mengajar mata pelajaran ini mereka perlu menjalani kursus khas.

1 comment:

Unknown said...

Selamat mengharungi Dunia Teknologi Maklumat kepada murid-murid Tahun 4 2014