Thursday 28 November 2013

Kumpulan Animasi Lucu-Share by Blogger

Koleksi Animasi Lucu sekadar untuk hiburan.


Gambar Animasi Gerak Lucu 1

Gambar Animasi Gerak Lucu 3

Gambar Animasi Gerak Lucu 4

Gambar Animasi Gerak Lucu 5

Gambar Animasi Gerak Lucu 6

Gambar Animasi Gerak Lucu 7

Gambar Animasi Gerak Lucu 9

Gambar Animasi Gerak Lucu 10

Gambar Animasi Gerak Lucu 11






Kumpulan Animasi Bergerak Planet dan Langit- Share by Blogger

Kepada Guru-guru dan murid-murid yang ingin membuat persembahan multi media power point untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, folio atau tugasan bolehlah copy gambar-gambar latar di bawah agar persembahan multimedia anda lebih menarik.  Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua.























Kumpulan Animasi Bergerak Karang Laut-Share by Blogger


Kepada Guru-guru dan murid-murid yang ingin membuat persembahan multi media power point untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, folio atau tugasan bolehlah copy gambar-gambar latar di bawah agar persembahan multimedia anda lebih menarik.  Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua.












Thursday 14 November 2013

Semua Orang Boleh Cemerlang- Tingkatkan Usaha & Doa!

TAK HADIR PENUH KE SEKOLAH TAPI DAPAT 5A
SINAR HARIAN

  • Tak hadir penuh ke sekolah tapi dapat 5A
  • Calon berkeperluan khas dari Sekolah Kebangsaan Ketereh, Amir Zuhaidi Razali (depan, kanan) yang mengalami sakit saraf di kaki kanan didukung ayahnya, Razali Harun, 44, (belakang, kanan) ketika mengambil keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah tersebut di Kota Bharu hari ini. - Foto Bernama

  • KOTA BHARU - Walaupun terpaksa 'ponteng' sekolah pada setiap Rabu, namun ia tidak menghalang anak seorang tukang rumah daripada memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.
      
    Amir Zuhaidi Razali tidak dapat hadir pada hari tersebut kerana terpaksa menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian akibat kemalangan jalan raya yang dialaminya enam tahun lepas.
      
    Dia terpaksa menggunakan tongkat setiap kali ke Sekolah Kebangsaan Ketereh di sini dan menduduki UPSR sebagai calon berkeperluan khas.
      
    "Saya tidak menyangka mendapat 5A kerana sering tidak menghadiri sesi persekolahan ekoran rawatan saya," katanya ketika ditemui di sekolahnya.
      
    Anak keempat dari lapan beradik dari Kampung Hutan Pasir ini menghadiahkan kejayaannya kepada ibu bapanya yang bersusah-payah menghantarnya ke sekolah setiap hari.
      
    Bapanya Razali Harun, 44, berkata akibat kemalangan itu anaknya patah kaki kiri dan tercabut bahu kanannya.
      
    "Akibat kemalangan itu, Amir Zuhaidi dimasukkan ke hospital selama 10 hari. Setelah sembuh, dia diserang penyakit saraf kaki. Dia terpaksa ponteng sekolah sehari dalam seminggu untuk menjalani rawatan fisioterapi dan terpaksa  menggunakan tongkat untuk memudahkanya berjalan," katanya.
     
    Pada masa yang sama Razali berkata sehingga kini bil perubatan anaknya yang berjumlah RM1,500 masih belum mampu dijelaskannya walaupun anaknya mempunyai insurans berkelompok.
      
    "Mujur ada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM1,800 setahun untuk membiayai kos perubatan dan fisioterapi Amir Zuhaidi ketika ini," katanya. - Bernama

    Pengorbanan kejayaan UPSR

    BERITA HARIAN
    Foto
    Amir Zuhaidi didukung bapanya, Razali Harun selepas mendapat keputusan 5A di Sekolah Kebangsaan (SK) Ketereh, semalam.

    Kuala Lumpur: Mereka melangkah masuk ke sekolah masing-masing semalam dengan penuh debaran, tetapi beberapa ketika kemudian, beredar sambil tersenyum lebar.
    Wajah masing-masing girang ketika melihat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013, namun di sebalik kejayaan yang dilakar, tersembunyi pelbagai kisah yang boleh dijadikan teladan. Di Kota Bharu, Amir Zuhaidi Razali, 12, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ketereh yang menghidap penyakit saraf akibat dilanggar lari ketika berusia enam tahun, tidak menjadikan kekurangan fizikal dan kewangan penghalang untuknya mendapat 5A. 

    Hadiah buat ayah
    “Saya sangat bangga dan menghadiahkan kejayaan ini buat ayah yang sanggup berulang-alik menghantar saya ke sekolah,” kata anak tukang rumah ini sambil menambah, walaupun sukar menulis dan tidak dapat aktif seperti rakan lain, dia tetap menguatkan semangat apatah lagi hanya mampu memperoleh 3A 2B dalam percubaan lalu.

    Di Shah Alam, kehidupan serba kekurangan dalam komuniti Orang Asli tidak menghalang Anisa Yahya dari SK Asli Bukit Cheding, muncul anak Orang Asli tunggal di Selangor mendapat 5A. 


    Anak bongsu daripada sembilan beradik itu tidak menyangka mampu cemerlang kerana jarang mengulangkaji di rumah. 

    “Untuk berjaya, saya mengamalkan sikap rajin bertanya apa yang tidak difahami, sentiasa memberi sepenuh perhatian apa yang diajar dalam kelas dan belajar secara berkumpulan,” katanya bercita-cita menjadi pereka fesyen.


    Di Port Dickson, Choi Kee Fong, 12, mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi calon tunggal UPSR di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Siliau dan berjaya pula mendapat 7A, kali pertama dalam sejarah sekolah berkenaan yang ketika ini hanya mempunyai 11 murid dari Tahun Satu hingga Enam.


    Anak pekebun sayur


    Anak kedua daripada empat beradik kepada pasangan pekebun sayur di Lukut ini, berkata banyak keistimewaan menjadi calon tunggal kerana dia yang diajar tujuh guru, mendapat tumpuan eksklusif dalam kelas walaupun tiada teman sekelas untuk belajar bersama.


    Di Alor Setar, beban penyakit buah pinggang sejak usia dua tahun yang memaksa Muhammad Zaim Mohd Zaidi, 12, sering bercuti sakit, langsung tidak menghalangnya memperoleh 5A, sekali gus muncul antara 43 pelajar cemerlang di Sekolah Rendah Islam Darul Aman (SRIDA) di sini.


    “Saya sering ponteng kerana sakit, terpaksa mengambil inisiatif sendiri mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam ketika di rumah. Saya bersyukur kerana rakan sekelas serta guru banyak membantu memberi tunjuk ajar.


    Saya sebenarnya tidak mahu memberi alasan sakit dan gagal dalam UPSR,” kata anak sulung daripada enam beradik ini.

    Dapat 5A walaupun ulang alik 500km ke hospital


    AINEEN Sofea Azhari menunjukkan sijil penghargaan yang diterimanya selepas mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR di Shah Alam, Selangor, kelmarin.

    KOTA BHARU 15 Nov. - Biarpun terpaksa berulang alik ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang terletak lebih 500 kilometer dari rumahnya di Puchong, Selangor, namun itu tidak menghalang seorang murid yang menghadapi masalah saraf tunjang kongenital mencipta kejayaan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
    Murid Sekolah Kebangsaan Seksyen 1, Bandar Kinrara, Puchong, Selangor, Aineen Sofea Azhari, 12, mencatatkan keputusan 5A dalam peperiksaan tersebut walaupun terpaksa 'ponteng' sekolah semata-mata untuk mendapatkan rawatan.
    Dia yang dikategorikan sebagai pelajar kurang upaya (OKU) menghadapi masalah tersebut sejak dilahirkan dan menjalani rawatan susulan bermula tahun 2002 sehingga sekarang.
    Sepanjang tempoh tersebut, Aineen Sofea terpaksa mendapatkan rawatan susulan dengan pakar neurosains, pediatrik dan ortopedik bagi mengatasi masalah berkaitan.
    Penasihat Kelab Neurosains, Jabatan Neurosains Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Jafri Malin Abdullah melahirkan rasa gembira di atas kejayaan murid itu.
    Katanya, murid tersebut menunjukkan iltizam dan semangat yang tinggi biarpun dalam tempoh pembesarannya terpaksa berulang alik dari Puchong ke Kota Bharu bagi menjalani rawatan termasuk pelbagai pembedahan di HUSM.
    ''Namun, di atas semua dorongan dan perhatian yang diberikan termasuk keluarga dan warga hospital, dia mampu menjalani kehidupan sebagaimana orang lain," katanya.
    Semalam, Aineen Sofea menerima penghargaan daripada Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Mahmud Karim di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor di Shah Alam.
    Sebagai murid yang menghadapi masalah Spinal Dysraphism, kata Jafri Malin, kejayaan memperoleh 5A sungguh membanggakan.





    Keputusan UPSR 2013-Tahniah Untuk Semua!


    Monday 4 November 2013

    Salam Maal Hijrah 1435

    untuk semua warga SKSLR

    Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

    KISAH HIJRAH RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.


    Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

    Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.



    Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.


    Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.
    Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

    Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

    Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan dalam kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT. Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.


    PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

    1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

    2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'.. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


    Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

    1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
    2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
    3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
    4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Namrud.
    5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
    6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
    7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
    8. Nabi Ayub dipulihkan Allah daripada penyakit kulit yang dideritainya.
    9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
    10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera Firaun.
    11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
    12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
    13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
    14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
    15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
    16. Allah menjadikan 'Arasy.
    17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
    18. Allah menjadikan alam.
    19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
    20. Nabi Isa diangkat ke langit.


    14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura

    1. Melapangkan masa / belanja anak isteri

    * fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

    2. Memuliakan fakir miskin

    *fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

    3. Menahan marah

    * fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

    4. Menunjukkan orang sesat

    * fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

    5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

    * fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

    6. Bersedekah

    * fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti daripada kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

    7. Memelihara kehormatan diri

    * fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

    8. Mandi Sunat

    * fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
    (lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala)

    9. Bercelak

    * fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

    10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali

    * fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

    11. Sembahyang sunat empat rakaat

    * fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
    (lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat ker ana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali)

    12. Membaca

    "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"

    * fadhilat - Tidak mati pada tahun ini ***semak dengan ustaz/pakar rujuk

    13. Menjamu orang berbuka puasa

    * fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

    14. Puasa

    Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

    * fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka

    Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua-blogger

    Sunday 3 November 2013

    Cara-Cara Menggunakan Blog SKSLR- By Blogger










    Teknologi Maklumat & Komunikasi-Apa itu Animasi?



    Filem Animasi Pertama Di Dunia 1908


    APA ITU ANIMASI

    Apa Itu Animasi ? Animasi ialah pertunjukkan pantas urutan imej-imej statik 2-D atau 3-D untuk mewujudkan ilusi pergerakan. Animasi akan meninggalkan kesan ilusi optik pergerakan disebabkan oleh fenomena pengekalan penglihatan, dan boleh ditunjukkan dan dilakukan dalam beberapa cara. Kaedah yang paling kerap digunakan ialah membentangkan animasi sebagai program wayang gambar ataupun video.


    Pergerakan animasi bola melompat di atas ialah gabunan daripada gambar-gambar di bawah.


    SEJARAH ANIMASI

    Sebuah mangkuk berusia 5000 tahun di temui di Shahri Sokhta mempunyai lima imej kambing yang dilukis di keliling mangkuk tersebut. Ia dikatakan sebagai contoh animasi terawal. Walaupun begitu, oleh kerana tiada alat yang dapat menunjukkan ia sebagai satu animasi pada waktu tersebut, satu siri imej seperti itu tidak dapat dipanggil sebagai satu animasi kerana bercanggah dengan maksud sebenar animasi.


    ZOETROPE - TAHUN 1834

    Zoetrope ialah sebuah alat yang akan menghasilkan ilusi berikutan daripada pusingan turutan imej-imej statik.

    Zoetrope ialah istilah dalam bahasa yunani, dimana 'zeo' bermaksud 'hidup' manakala 'tropes' bermaksud 'pusingan'. Zoetrope juga mungkin bermaksud 'roda kehidupan'.

    Zoetrope berbentuk silinder dimana bahagian sisinya mempunyai belahan secara menegak. Di bahagian bawah belahan tersebut mempunyai urutan imej-imej statik. Semasa ia berputar, pengguna akan melihat sebuah animasi melalui putaran belahan di sisi Zoetrope.

    TAUMATROPE - TAHUN 1824

    Taumatrope ialah satu mainan yang popular di zaman Victoria. 

    Satu cakera atau kad yang mempunyai lukisan di kedua-dua permukaan diikat di sisi yang bertentangan menggunakan dua utas benang atau getah.

    Hujung benang/getah tersebut masing-masing akan diikat pada jari tangan kiri dan jari tangan kanan. Apabila benang/getah tersebut telah tegang hasil daripada pusingan kad , kedua jari tangan kiri dan kanan akan menegangkan lagi benang/getah tersebut maka akan terhasil satu animasi hasil daripada penglihatan yang berterusan.

    PHENAKISTOSCOPE - TAHUN 1831

    Phenakistoscope menggunakan satu cakera yang dilekatkan secara menegak pada satu pengendali. Di sekeliling cakera tersebut dilukis imej-imej statik dan juga belahan secara menegak.

    Pengguna akan memutarkan cakera tersebut, dan melihat melalui belahan di belakang cakera, animasi terhasil daripada pantulan imej di cermin yang diletakkan bertentangan dengan hadapan cakera.

    Variasi - evolusi dalam alat animasi Phenakistoscope seterusnya dibuat tanpa memerlukan cermin untuk melihat animasi. 
    Ia hanya memerlukan dua cakera, dimana satu mempunyai lukisan imej-imej statik di sekeliling manakala satu lagi mempunyai belahan secara menegak.

    Dua cakera ini diputarkan secara bertentangan - satu diputar kiri, satu lagi diputar kanan, dan pengguna akan melihat animasi melalui cakera yang mempunyai belahan. 

    BUKU SELAK (FLIP BOOK) - TAHUN 1868

    Buku Selak ialah sebuah buku yang mempunyai siri gambar yang berbeza secara beransur-ansur dari satu halaman ke halaman yang seterusnya. Apabila halaman buku tersebut diselak secara pantas, sebuah simulasi pergerakan atau perubahan lain akan kelihatan.

    Buku Selak sering dikaitkan sebagai buku kanak-kanak, tetapi ia juga boleh digunakan oleh orang dewasa untuk menghasilkan satu hasil seni melalui simulasi pergerakan.

    PRAXINOSCOPE - TAHUN 1877

    Praxinoscope ialah satu variasi yang berkembang daripada alat Zoetrope. Ia dicipta oleh Charles-Émile Reynaud di Perancis. 

    Praxinoscope sama seperti Zoetrope, mempunyai lukisan di sepanjang bahagian dalam silinder dan juga memerlukan putaran untuk melihat. Tetapi pengguna tidak lagi perlu melihat melaui belahan yang sempit selepas diletakkan sebuah cermin bulat di tengah silinder untuk memantulkan pergerakan imej yang pantas dengan lebih jelas.

    Pada tahun 1889, Reynaud mencipta satu alat yang digelar Teater Optik hasil dari variasi Praxinoscope yang menggunakan hukum pantulan cahaya.


    Alat ini membolehkan beliau menunjukkan hasil simulasi pergerakan imej-imej kepada lebih ramai penonton pada satu masa berbanding Zoetrope yang hanya terhad kepada penonton yang dapat melihat di sekeliling silinder Zoetrope.